I made this widget at MyFlashFetish.com.

TANDA BACA

Tanda baca
Penggunaan
Contoh Ayat
Tanda noktah ( . )
*      Pada akhir ayat penyata
*      Singkatan bagi gelaran, pangkat, jawatan dan sebagainya
*      Bapa Ali bekerja di Kuala Lumpur.
*      Y.B. Dato’ Karim  akan melawat sekolah kami.
*      Dr. Kamariah terkenal di hospital itu.
Tanda koma ( , )
*      Mengasingkan sesuatu yang sama jenis dalam ayat.
*      Selepas kata seru
*      Sebelum tanda pembuka kata ( “ ) atau penutup kata ( “ )
*      Emak pergi ke pasar membeli buah oren, epal, tembikai dan betik.
*      Wah, cantiknya kasut kamu!
*      Ali berkata, “saya tidak datang kerana hujan lebat.”
*      “Kita akan bertolak sebentar lagi,”kata Cikgu Anita kepada murid-muridnya.
Tanda Tanya ( ? )
*      Pada akhir ayat tanya
*      Berapakah harga beg itu?
Tanda seru
( ! )
*      Pada akhir ayat seruan
*      Untuk menunjukkan perasaan marah,sedih,suka dan sebagainya.
*      Aduh, sakitnya kaki saya!
*      Awaklah yang menyusahkan kami semua!
Tanda sempang
 ( - )
*      Memisahkan kata-kata dalam kata ganda
*      Merangkaikan imbuhan ke- dengan angka
*      Murid-murid sedang bermain bola keranjang.
*      Pasukan bola sepak sekolah kami telah mendapat tempat ke – 3 dalam kejohanan itu.
Tanda pengikat kata
 ( “.......” )
* Pada awal dan akhir ayat cakap ajuk.
*     “ Saya suka makan laksa ” kata Siti.
Tanda noktah bertindih ( : )
*      Untuk penerangan lanjut tentang sesuatu
*      Tulis masa

*      Dalam dialog
*      Butir-butir tentang konsert adalah seperti berikut :
*      Kami dijangka sampai di sana pada pukul 2:00 petang.
*      Ali: Sudah lamakah kamu sampai?
Siti : Tidak, saya baru sampai.
Garis condong( / )
*  Untuk
menggantikan dan
atau dan per
*  Digunakan dalam nombor rujukan surat
* Tuan / puan
    dikehendaki  mengembalikan
      borang jawapan 
      secepat mungkin.
*  Surat tuan yang bernombor rujukan Sek/01/01 telah saya terima.
Tanda kurung (  )
*  Untuk penjelasan tambahan
*  Kakak saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) tahun ini.

9 comments: